Friday, 23 November 2012

AKHIRNYA BERJAYA KE PUNCAK GUNUNG KINABALU...

Salam. Nak sambung lagi cerita tentang ekspedisi kami ke puncak Gunung Kinabalu...

19.11-hari keluarnya keputusan UPSR 2012 tapi aku plak yang takde kt sekolah. Sedikit ralat, tapi nak wat camne, plan yang ni dah lama dah...huhuhu... update jelah dari rakan2 guru. Okla, tu selingan je. Kami bangun pkl 1 pg, siap2kn diri utk makan & sambung perjalanan ke puncak. Pkl 2 pagi, mkn breakfast (???) untuk dapatkan tenaga. 

Makan ni pukul 2 pagi...huhuhu...
Then, pkl 2.30 pagi, kami mulakan ekspedisi. Jangan lupa sarung tangan, head lamp (yang paling penting) & snow cap untuk menahan angin gunung yang sejuknya...memang teramat sangat... Aku pakai baju 2 lapis + wind breaker tebal untuk tahan kesejukan tu. Seluar pn 2 lapis, hehehe...Yang penting, untuk kaki, aku pakai knee guard + ankle guard untuk elakkan kecederaan. Nak dijadikan cerita, selepas sejam perjalanan, aku dah rasa loya2...tak taula sebab apa. Nak tahan tp tak boleh tahan...akhirnya...keluar segala apa yang dimakan sebelum tu, huhuhu...Nak nangis sangat2 masa ni & dah patah semangat nak teruskan perjalanan...macam hilang semua tenaga... Tapi K.Roha & Byron banyak bagi semangat & aku pun berdoa banyak2 pada Allah supaya Dia memberikan aku tenaga & kekuatan untuk sampai ke puncak. Masa ni, mental & semangat kena kuatla. 

Kami kena sampai dekat checkpoint terakhir (Sayat-Sayat Checkpoint) sebelum pkl 5. Kalau sampai selepas pkl 5, guard (ye ke???) pintu pagar tu dah takkan bagi naik ke atas dah. Alhamdulillah, 4.30 pagi kami sampai kat checkpoint tu. Masa ni, lagi bersemangat nak sampai ke puncak. Tenaga pun makin ok selepas muntah (pelik pulak rasanya...). Tapi makin nak dekat sampai ke puncak, makin takde daya. Rasanya berjalan masa ni sekadar heret kaki je. Lagi 200m nak sampai ke puncak, ingat nak stop dah. Tapi Byron kata sayang sangat kalau stop kat situ je. Dialah yang banyak bagi semangat pada aku & K.Roha. Yus dah surrender, tak nak teruskan dah. Kami suruh dia cuba lagi, dia tak nak dah. Rugi pulak rasanya dia tak teruskan. 

Usaha tangga kejayaan...akhirnya kami berjaya sampai di puncak Gunung Kinabalu tepat pukul 6.50 pagi. Alhamdulillah...syukur sangat2 pada Allah kerana telah mempermudahkan segala2nya pada kami. Keadaan cuaca yang ok (takut sangat kalau hujan, huhu...) & dapat guide yang betul2 banyak membantu (thank you so much Byron...). Tak terkata perasaannya bila dah sampai puncak. 
Mau keluar air mata sebab tak sangka + tak percaya aku boleh sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan selamatnya. At last, aku percaya, kalau betul2 kita nakkan sesuatu, kita kena berusaha dan terus berusaha untuk mencapainya. 

Inilah kenangan paling indah untuk aku di tahun 2012...

Akhirnya berjaya...syukur padamu Ya Allah...

Posing sebelum turun...

Amazing view...Subhanallah...

KM 8...last penanda aras...hehehe...
Baru nampak laluan yang naik tadi...mencabarnya...

Siapa sangka jalannya curam macam ni...huhuhu...

Taraaaa...inilah sijilnya...







4 comments:

  1. wah! tahniah2X saya sabahan lum lagi lah naik gunung ni..malu jg dengan korang ...)

    ReplyDelete
  2. mekasih etuza...kamu sabahan xpe, bile2 boleh naik...hehehe...cubala ye...

    ReplyDelete