Salam. Hidup ini memang seimbang. Ada tinggi, ada rendah. Ada hitam, ada putih. Ada suka, ada duka. Dah puas bersuka ria mgu lps, ari ni sedih la pulak....huhuhu...
Kucing aku, Si Epi dah pergi untuk selama2nya pada hari ni. Dia lah kucing yg paling spesel sbb matanye hanya ada 1. Paling suka gigit kaki aku mase aku tido...kadang2 time dia lapar & lambat bg makan, pun same...akn kena gigit jugak...tapi gigitnya tak sakit pun..
2 hari lepas, kakak aku call bgtau yg Epi dah bbrapa hari tak makan...katenya dah bawak ke klinik...dah masukkan susu...bagi vitamin lg...tetap dia tak makan...pastu ada keluar cecair dari hidungnya yg agak berbau...aku suruh kakak aku bawak ke klinik skali lagi semalam.
Petang semalam, akak aku msj & bagitau tak sempat bawak Epi gi klinik sebab ayah aku ada keje...tak dan nak bawak..Aku pesan srh bg vitamin & susu la...
Hari ni, aku balik kampung & nak bawakla dia ke klinik. Masa mula2 sampai, kesian sgt tgk Epi, kurus sgt badannya...Disebabkan dia tidur dlm sngkar yg besar, aku nak alihkan la dia ke dalam carrier. Bila angkat je badannya, dia menggelepar & bunyi macam tercekik je bila dia bernafas. Aku biarkan seketika sambil panggil namanya & usap kepalanya. Bila aku rasa pernafasannya dah ok, aku alihkan dia ke carrier. Badan dia dh lembik masa ni. Aku baringkan dia dalam carrier. Masa ni, nampak lagi dadanya turun naik. Pastu aku bawak carrier ke kereta & letak kat seat tepi driver. Bila dah start enjin, aku tengok ke dalam carrier, panggil2 namanya. Bila aku rasa macam takde respon pn, aku buka pintu carrier tu & terkejut bile aku tak nampak pn dadanya turun naik. Aku usap kepalanya, panggil2 namanya lagi tapi....takde respon. Air mata dah bergenang masa ni. Untuk pengesahan, aku panggil adik lelaki ku & suruh dia tengokkan. Memang sah Epi dah takde. Air mata memang tak dapat nak tahan dah. Aku suruh adik aku bawak masuk ke rumah. Terduduk aku kat ruang tamu sambil mengusap badannya untuk kali yang terakhir (air mata masih bergenang ni...). Bila aku dah blh kontrol diri, barula aku bagitau ayah yg Epi dah takde....
Sekarang ni, aku dah ok sikit. Boleh terima yg ajal Epi dah sampai. Cuma bila teringat keletahnya yang manja, jadi sedih semula...huhuhu... Yang penting, kami dah cuba mengubatinya tapi Allah lebih menyayanginya...
Selingan sikit...Apa yang agak aku kesalkan sikit ialah tentang susahnya nak cari klinik haiwan swasta kt Trg ni. Bkn ape, kadang2 bila pergi ke veterinar kerajaan, selalu dengar, bekalan ubat dah habis...ubat tak sampai lagi, huhuhu...Rawatan kat klinik kerajaan pn aku rasa taklah detail pun. Dah pernah terjadi pd aku, kucing aku sakit pada lewat petang Khamis, bernafas macam semput2 je...nak gi klinik tapi klinik tutup...cuma berdoa pada Allah semoga dipanjangkan usianya tapi..tak sempat jugak...hari Jumaat, Kiko dah mati...
Aku berharap sangat2, adala sape2 yg akan buka klinik veterinar kt Trg ni & biarlah lengkap segala bahan & peralatan untuk rawatan...
Salam terakhir untuk Epi yang tetap akan diingati...Cik Ma tetap sayang Epi untuk selama2nya...
Epi masa baru2 lahir...mata pn tak terbuka lagi tu... |
Tengah menyusu...comelnya.... |
Saat2 masih bermata 2... |
Pandai plak Epi pose... |
Gaya tido mati... |
Gambar terakhir Epi...sedihnya... |
sakit apa kucing2 ni...
ReplyDeleteDok taula na...wase cam demam je tp aku syak ade virus lain...vet kerajaan dok cek detail pn..huhuhu...sedey aku...
Delete