Salam. Baru berkesempatan nk sambung cerita tentang trip ke Sabah. Masuk hari ke-3 & ke-4, hari yang dinanti2kan. Kalau difikirkan semula, antara kami ber3, aku la yg paling kurang buat persiapan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Semuanya last minute, huhuhu...Kawan aku yg 2 org lagi dh wat latihan naik bukit, aku tak pun. Cuma setakat berbasikal dalam rumah je, hahaha...
Tapi, berkat doa & mungkin niat kami yg ikhlas, alhamdulillah...aku & K.Roha berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Yus tak berjaya sampai atas sebab secara tiba2 sakit dada. Okla, cerita sikitla dari awal.
18.11-kami daftar kt Sutera Santuary Resort, amik permit mendaki, dapatkan guide, simpan luggage & dapatkn transport. Tapi aku gunakan khidmat porter skali utk galas beg aku, hehehe...
Well, guide kami a.k.a porter kami ialah Byron. Muda lagi tapi baik sangat2.
Inilah guide a.k.a porter kami, Byron... |
Kami memulakan ekspedisi (ceewwwaaahhh...ye ye je) kami tepat jam 9 pagi. Kalau tak silap, ada beberapa laluan untuk ke Laban Rata (sila google ye), tapi kami gunakan Timpohon Gate. Mula2 jalan ni, boleh lagi senyum2, amik2 gambar. Tapi makin lama, makin rasa kepenatannya... huhuhu...Sepanjang perjalanan ni, ada beberapa pondok disediakan untuk berehat, tandas pun ada & tangki air pun ada. Air yang tak ditapis...sempatla rasa, hehehe...
Kehabisan bekalan air, minumla air yang tak dirawat ni... |
Selepas 6 jam, akhirnya kami selamat sampai ke Laban Rata Resthouse. Fuuhhh...tak tau nak kata betapa gembiranya kami dah berjaya berada 6km dari kaki Gunung Kinabalu. Walaupun kepala berdenyut sikit masa sampai ni, tapi bila dah tengok bangunan Resthouse tu, terus hilang rasa sakit tu. Mungkin akibat kekurangan oksigen, tu yang jadi sakit kepala. K.Roha lagi lawak, bukan sakit kepala tapi boleh menguap & rasa mengantuk bila dah nak dkat sampai Laban Rata tu.
Posing bila dah sampai Laban Rata Resthouse...alhamdulillah.. |
Rehat2 dulu...akan sambung untuk ke puncak pagi esoknya pulak...to be continued...
No comments:
Post a Comment