Wednesday 28 November 2012

PERGINYA DONI, KUCINGKU UNTUK SELAMA2NYA

Salam. Aku ingatkan pemergian Epi takkan menjejaskan kucing2 lain yang masih ada. Tapi rupa2nya, salah sangkaanku. Adik beradik Epi, Tomi & Doni pn sakit selepas pemergian Epi. Tomi aku dah bawak ke klinik pada hari yg sama Epi meninggal. Alhamdulillah, Tomi nampak makin sihat sekarang ni. Di sini, ingin aku abadikan saat2 terakhir Doni...

27.11.2012, Selasa - Pagi tu, selepas siap sembahyang Subuh, macam biasa aku main2 dgn kucing2 yang ada. Paling aku suka usap ialah Yen & Seri sbb 2 ekor ni gemuk sgt. Sempat jgkla aku peluk Doni yang suka mengiau dgn kuatnya. Aku usap2 kepalanya & bwh lehernya. Bila dia dh tenang, aku lepaskn & Seri datang main2 dgn dia. Happy je aku rasa mase ni.

Lbih kurang pkl 8, aku dgr Doni mengiau dgn kuatnya (itula yg terakhir aku dgr dia mengiau). Pastu dia tido atas sofa, sebelah dgn Cici, ibunya. Aku biarkan je sbb memang diorg ni suka tido atas sofa.

Dah dekat pkl 1 ptg, Doni masih lagi tido. Kakak dah kate, peliknya Doni tido...aku ckp biarla dia tido, lagi aman, klu tak mesti dia bergalak kt luar umah. Dgn tak sedap hatinya, kakak aku pegang Doni & blh rase badannya panas. Aku pn nampak dia lemah je. Kakak aku suapkan susu & aku pulak suapkan vitamin. Aku nekad nak bawak Doni ke klinik pd keesokkan harinya. Malam tu, Doni tido bersama dengan Tomi. Mengerekot bdnnya.

28.11.2012, Rabu - Pagi2, slps aku dh siap sarapan, aku masukkn Doni & Tomi ke dalam carrier. Doni teramat lemah keadaannya. Tomi masih lg blh dengar suarenye mengiau. Sampai di klinik haiwan kerajaan, Doni diperiksa suhunya, hampir mencecah 40. Sama seperti Tomi. Doni dicucuk 2 jarum, 1 ubt demam & 1 lg ubt utk tambah selera makan. Tomi dicucuk dgn ubat utk tambah selera makan. Semasa dalam rawatan, aku tanya pada pegawai vet tu, brp hari biasenya kucing yang dh dicucuk ni akn sembuh. Dia kate, mgkin 3,4 hari baru sembuh. Aku balik dgn hati yg lega.

Sesampainya di rumah, Doni dipindahkan ke dalam sangkar. Dia memang dah tak berdaya sangat nampaknya. Dalam hati, aku berdoa sangat supaya Doni cepat sihat. Petang, lbih kurang pkl 3, aku kluar ke bandar sbb nak cari barang. Dalam perjalanan, adik telefon & bagitau yg mulut Doni keluar darah. Cepat2 aku selesaikan urusan di bandar & balik  ke rumah.

Sampai je kat umah, aku tengok keadaan Doni makin teruk. Mulut berbuih & memang keluar darah dari mulutnya. Aku dah tak boleh nak fikir dengan betul dah masa ni. Cuma mampu panggil namanya berkali2. Nak pegang tak berani. Doni cuba bangun beberapa kali tapi mesti dia akan jatuh akhirnya. Bila aku panggil namanya, aku blh nampak ada respon dari matanya. Aku & kakak sama2 memerhatikan keadaannya untuk seketika. Kakak aku bandingkan keadaan Doni sekarang & Epi dulu. Cara penceritaan kakak aku seolah2 hayat Doni juga akan berakhir. Aku cuba tabahkan hati. Aku tinggalkan Doni sekejap untuk solat Asar. Pada saat ini, aku cuma mampu berdoa, kalau mati itu lebih baik untuknya, aku mohon Allah ambillah nyawanya. Tapi seandainya hidup itu lebih baik untuknya, aku mohon Allah panjangkan usianya. 

Selepas siap solat Asar, aku jenguk lagi sekali keadaan Doni. Masih kelihatan dadanya berombak. Aku rasa bersyukur. Kemudian aku ke dapur untuk minum air. Selepas minum, aku jenguk lagi sekali Doni. Dalam cahaya yang samar2, aku tak nampak dadanya berombak. Hati aku dah berdebar. Aku buka lampu & lama aku perhatikan keadaan Doni. Sah, Doni dah tiada. Aku panggil adik aku untuk mengesahkan & memang betul apa yang aku nampak. Air mata tak dapat ditahan lagi. Sedih tengok keadaannya yang mati dengan tompok2 darah di sekelilingnya. Untuk beberapa minit, aku hanya mampu membelai badannya untuk kali yang terakhir & di dalam hati, aku mohon ampun & maaf darinya seandainya aku bukanlah tuan yang terbaik untuknya. 

Doni....Cik Ma betul2 rindu nak main2 dgn Doni tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi Doni. 

Saat Doni masa mula2 lahir

Doni suka buat gaya Superman...

Port lepak masa kecik2...

Port lepak bila dah besar

Doni & Epi...

Pandangan yang penuh makna...

28.11.2012...bersemadilah Doni dgn aman...

2 comments:

  1. sedih pula aku baca entri mu kali ni.. sakit apa doni tu.. gambor last tu, time doni dah tiada k.... kat kuarters ke gb

    ReplyDelete
  2. emo terlebih mase tls ni...vet kate demam tp wase ade virus lain...yup, gmbr last gmbr mase ye dh xde...kt gb ni...

    ReplyDelete