Salam. Mood tgh rajin nak menaip. Kali ni nak cerita tentang sekolah mula2 aku ditempatkan, SK Leban Chondong, Rompin, Pahang. Knape tiba2 je nak citer pasal sk pertama ni??? Sbb, baru je tengok Majalah 3 tadi, sk ni masuk dalam Majalah 3 tu. Wah...bangga sekejap walaupun dah jadi bekas sekolah.
Pengalaman aku sebagai guru bermula di sini. 3 Jan 2007, tarikh aku melaporkan diri di sekolah ni. Dalam bln 2, tiba2 dilantik menjadi warden asrama pulak. Dah banyak alasan diberi, tak nak jadi warden, tapi semuanya ditolak. Huhuhu...dalam keterpaksaan, tanggungjawab telah diberi, jadi terima jelah.
4 tahun menjadi warden asrama sk rendah...fuhhhh...teramat mencabar dari segi mental & fizikal. Tp 1 je pesanan dari rakan guru yang menjadi tangkal azimatku. "Kita jaga anak2 orang ni, Insyaallah, di masa akan datang, Allah akan jaga pulak anak2 kita." Yelah, kat asrama tu, ada anak2 datang dari keluarga yang bercerai berai, ada yang miskin, ada yang yatim piatu. Gelagat & perangai diorang ni, kadang2 mencuit hati, kadang2 buat aku naik angin. Kalau ada 100 orang budak kt asrama tu, 100 perangai jugakla yang aku kena hadapi. Tapi Alhamdulillah, sampai sekarang, masih ada bekas anak murid yang masih berhubung & ingat lagi kat bekas wardennya ni.
Bagi budak2 yang tak biasa berjauhan dgn keluarga, mmg masalah besar kalau nak tinggal di asrama ni. Awal tahun, fenomena biasa, budak2 menangis nak balik, tak nak tinggal di asrama, nak lari dari asrama pun ada. Kalau mak ayah yang dah tak tahan dgn panggilan telefon setiap hari yang suruh datang ambil diorang semula, memang akan ada yang akan keluar asrama walaupun tak sampai hujung tahun pun. Tapi bagi mana2 yang kekal, di hujung tahun, biasanya akan ada perubahan yang berlaku pada diri budak2 ni. Ajaran agama yang diterapkan di asrama membuatkan mereka berubah menjadi seorang anak yang baik. Pernah seorang ibu menceritakan tentang perubahan anaknya yang dah mula pandai bersembahyang, pandai baca doa selepas sembahyang, pandai bangun pagi, pandai kemas tpt tidur, pandai basuh bj sendiri & dah tau menghormati orang yg lebih tua. Kadang2 input yang diberi mungkin sedikit, tp apabila selalu diamalkan, akan lahirlah seorang anak yang berakhlak mulia.
Tadi, masa tgk sk ni kat tv, rasa bangga skjap walaupun dah tak mengajar kt situ lagi. Rasa rindu pulak nak ke sana. Rindu dgn rakan2 sekerja, rindu dgn anak2 murid & rindukan suasana di sana. Insyaallah, panjang umur, kita akan berjumpa lagi ye wahai warga SK Leban Chondong.
No comments:
Post a Comment