Salam. Lamenya tak menjenguk blog ni. Bz sgt ke? Tak jugak. Kering idea nk menulis sbnrnya. Tp hari ni tiba2 dtg idea nk tls psl iklan raya.
Hari ni dah 23 Ramadhan. Org mgkin dah lupa nk mencari keberkatan bln Ramadhan sbb sibuk nk mmbuat persiapan raya. Malam Lailatulqadar mungkin hanya sekadar di ingatan tp tiada usaha untuk mencarinya. Sy tak tuju pd sape2 pn, tuju pd diri sendiri je.
Bukan nk citer psl malam Lailatulqadar sbnrnya. Tp psl iklan raya. Bbrp tahun dulu, semasa arwah Yasmin Ahmad masih ade, dialah yang memulakan iklan raya yg lain dari yang lain. Arwah seorang yg kreatif & penuh dgn nilai murni dalam dirinya. Nilai murni itulah yg cuba diselitkn dalam setiap iklannya.
Antara iklan yg masih diingati, ksh 7 adik beradik yg mencari daging lembu utk hidangan hari raya, last2 bwk blk seekor lembu utk maknya, kisah seorang ayah yg hilang dilaut (ingat dialog anknya je : "ombak jahat...ombak jahat...", kisah kluarge 3 generasi yg si anak x ikhlas menjaga ayahnya yg dah tua sehingga sanggup meletakkan ayahnya di meja yg lain sewaktu mkn & byk lagila.
Tahun ni, ade 2 iklan raya yg menyentuh perasaan, Bernas & Petronas. Baru je pas tgk iklan Bernas kt Youtube td. Fuhhhh....sedihnye. Dahla tgk sorang2 ni. Huhuhu...Macam mane perjalanan 2 org anak yatim, sorg buta & sorg lg bisu nk menuju ke kg halaman semata2 nk prgi ke kubur arwah ibu yg dirindui. Segalanya dipermudahkan oleh Allah sehingga sampai ke kg halaman. Terharu jgk bile pkcik drebar lori yg berlainan agama tahu belas kasihan kpd anak yatim. Overall dari 10 bintang, blh bg 11 bintang tu... Iklan petronas dh jd filem pendek. Iklan yg penuh dgn pengajaran. Bersyukurlah kita hidup di Malaysia yg blh dikatakan lengkap dgn pelbagai kemudahan. Nk dibandingkan dgn negara lain yg bergolakan & hidup dlm kesusahan. Org susah akan lebih menghargai apa yg diperolehi berbanding dgn org senang yg senang dapat semua benda. Juga markah penuh utk iklan ni.
Lebih baik tgk sendiri iklan tu di Youtube ye. Cari jelah iklan raya 2012. Salam Ramadhan & Selamat Menyambut Hari Raya.
No comments:
Post a Comment