Salam. Akhirnya bulan seribu rahmat & seribu keberkatan muncul jua. Bulan yg paling dinantikan kerana dalam bulan inilah umat Islam berpeluang untuk menambahkan pahala. Setiap amal ibadat yg dilakukan dalam bulan ini, berkali ganda pahalanya dari bulan2 lain. Inilah bulan Ramadhan al-Mubarak.
Kali ni nak cerita pengalaman mlm pertama bertarawikh. Kt kg ni, bagi aku ada 2 tpt pilihan utk buat smbhyang tarawikh; sama ada di masjid atau di surau. Yang mana aku pilih? Aku pilih surau sbb jemaah tak ramai, boleh solat dlm keadaan tenang (kurang skt dgr suara bdk2 main atau menangis kt surau ni) & yang paling penting, jemaah kt surau ni tak mementingkan diri. Berbezala dgn pengalaman yg lalu masa pergi sembahyang kt masjid. Pernah terjadi kt masjid, sebelum sembahyang, biasala, kena rapat2kan saf. Tapi adalah hamba Allah ni, sbb dia dh letak sejadah kt situ, dia dah tak nak bergerak dah ke tpt lain, sama ada gerak ke kanan atau penuhkan saf depan. Kadang2 sampai ada 'lubang' di antara saf sbb punyala tak nak berganjak dari tpt dia dah berdiri. Ish...ish...ish...kesudahannya, aku tak khusyuk sembahyang sbb dalam hati duk pikir, nape sampai camtu skali? Astaghfirullahal'azim... Bermula dari kejadian itulah, aku berubah tpt solat tarawikh. Alhamdulillah, kat surau ni, khusyuk sikit solatku.
Malam pertama tarawikh, adala pengalaman baru. Maklumlah, zaman skrg ni, zmn IT. So, ada yg tak sanggup berpisah dgn handset, tetap bawak ke surau. Itu takpe lagi. Tapi, ada gelagat seorang hamba Allah ni, bagi aku, mcm tak khusyuk solat je (sampaikan aku pun sama, huhuhu...). Sebelum solat Isyak, biasanya jemaah akan solat sunat. Hamba Allah ni berdirila nak solat sunat, tp sebelum solat, dia cek handset dia dulu. Takde sms agaknya, dia simpan handset. Baru nk angkat takbir, eh...tak jadi takbir, amik beg, cek hanset lg skali, takde sms ke bls sms camtula, baru simpan handset. Berdiri nak angkat takbir, eh...tak jadi lagi, amik beg lagi skali & cek handset (lagi?????). Akhirnya, org dah habis solat sunat, dia tak smpat pun. Astaghfirullahal'azim...sms tu blh tunggu dik, utamakanlah niat nak beribadat tu dulu.
Tu kisah pertama, kisah handset. Yang ke2, kisah pakaian ke surau. Bila bertelekung, nampak sama je semua. Tapi, bila dah selesai solat, ada pulak hamba Allah sorang ni, buka telekung, siap lipat telekung, rupanya, dia pakai Tshirt lengan pendek yang ketat, nampak susuk tubuh, baju singkat atas bontot lagi. Eh, takkanla ke surau camtu??? Kalau pun pakai baju camtu kat dalam telekung sembahyang, apa salahnya, tak payah buka telekung sembahyang tu, balik rumah baru buka. Ni, seolah2 nak menunjuk2 pulak susuk tubuh dia. Astaghfirullahal'azim...
Itulah 2 kisahku di malam pertama tarawikh. Syaitan2 telah dirantai di bulan Ramadhan ini, tapi masih ada lagi syaitan yg bertopengkan manusia...Wallahu'alam...
punyelah ko jadi pengkritik malam ni kan hehehe
ReplyDeletehahaha...mood nak berceramah ni...
ReplyDelete