Assalamualaikum w.bt. Salam percutian. Apa yg dibuat sempena cuti Tahun Baru Cina ni? Ada yang ambil kesempatan pergi bercuti2 dgn keluarga. Aku tak gi mana2la, sekadar duduk kt rumah, save budget, hehehe...
Entri kali ni nak cerita psl pertambahan 'ahli keluarga baru'...inilah dia...tadaaa....
Mak putih ni or aku panggil Mummy, bknlah kucing yg asing lg kt sk aku. Dah lama dia ni bermastautin di sekolah, tapi ramai buat tak kisah je. Tahun lepas dh adopt anak dia, Putih yg terpisah dgn Mummy ni. Yang ni pn, tak rancang nk bela, cuma nk bagi tpt tinggal yg lebih baik utk Mummy & anak2nya. Awal tahun 2013, tak tau pn Mummy ni dh beranak lagi. But 1 day, ada sorg cikgu bagitau ada 4 ekor ank kucing dalam tong sampah kt sk. Inilah kali pertama jumpa anak2 Mummy...
|
Sian nengok si kecik2 ni... |
|
Pandangan yg mengharapkan belas ihsan... |
Sedih tengok ank2 Mummy dalam tong sampah ni. Dahla diam semuanya, takde seekor pn yg mengiau bila org jengok2 mereka. Tersentuh hati mengenangkan si kecik2 ni. Masa ambil gambar ni (9.1 2013), Mummy takde. Petang pas blk dr sk, pergi semula ke sk dgn kotak. Masa nk ambil si kecik2 nilah baru nampak Mummy dlm tong sampah ni jugak. So, apalagi, angkutla Mummy & anak2nya ke rumah. Sampai je kat rumah, bagi makan kt Mummy dulu sbb anak2 dia masa ni, kecik2 sgt lagi, diorg menyusu je.
Tu kisah sebulan yang lalu. Skrg ni, Mummy & anak2nya dh bergembira kt rumah. Walaupun seekor anak Mummy dah hilang (ralat jugak rasanya), tapi yang tinggal ni, Insyaallah akan dijaga sebaik2nya. Awal2 dulu tak bagi Mummy masuk rumah, tapi skrg ni, bila nampak diorg dh ok, bagilah masuk rumah. Yang tak tahan tengoknya, gelagat kucing2 yg dh sedia ada, Seri, Putih,Oren, Cici & Tommy bila Mummy & anak2nya masuk dalam rumah, mmg mcm nk cari gaduh. Cici & Tommy dah dieksport ke kampung, tinggallah Seri, Putih & Oren. Putih ni tak sedar yg Mummy tu ibunya. Maybe sbb dah terpisah lama, dh hilang sense antara 2 ekor ni kot. Tapi Putih slalu cool, lepak je atas meja, tengok adik2 dia main2. Putih tak menderam sangat macam Seri & Oren.
Itulah kisah 'ahli keluarga' baru. Mak kat kampung dah warning sebenarnya, dah2la bela kucing. Tapi sejak2 Doni & Epi dah 'berjumpa' Allah Yang Maha Pencipta, naluri nak membela tu datang semula. Keluarga Mummy selamat kat kuarters, tak bawak balik kampungla. Menjadi 1 kepuasan bila tengok Mummy & anak2nya dah ada tpt tinggal & makanan. Paling tersentuh hati bila tengok Mummy tido terbongkang kat ruang tamu. bersama2 anak2nya. Terlintas di fikiran, kat manalah Mummy ni tido sebelum2 ni. Sekarang ni, si kecik2 ni dah makin lincah, dah pandai gigit2 jari or tangan org, dah pandai memanjat & dah pandai minta makanan. Suka tengok diorg makan nasi campur ikan rebus, bila dah kenyang, mulalah dijilat2 tapak kaki mereka. Alhamdulillah, rezeki yang Allah beri dikongsi bersama dengan diorg, tak terjejas mana pun.
Bagi sesiapa yang takde bela kucing kt rumah, tapi kalau ada kucing2 yang datang mengiau2 kat blkg rumah, bagi jelah sisa2 makanan kita. Mereka2 ini makhluk Allah. Meminjam kata2 dari seseorg, kucing ni dijadikan Allah untuk menguji sejauh mana kesabaran & keprihatinan manusia. Sebenarnya, sejak aku membela kucing2 ni, dari tahun 2010 sampai sekarang, aku tak pernah rasa terputus rezeki. Kadang2 nk2 sampai ke hujung bulan, rasa jugak kekeringan duit tp Allah itu Maha Berkuasa. Segala rezeki datang darinya. Tak pernah lagi aku kebuluran sebab membela kucing2 ni. Kat kampung dah ada 4 ekor, kat rumah 7 ekor. Gelagat kucing2 ni, amat2 menghiburkan hati dan penghilang stress sebenarnya. Sebagai pengakhiran entri ni, silala berkenalan dengan anak2 Mummy yang semakin gebu, manja & lincah. Yang pastinya, ada rasa sayang untuk mereka di hati ni...
|
masa awal2 jumpa, duk kat luar rumah je... |
|
main2 pn kat depan rumah je... |
|
first time masuk rumah...dr kiri : Icit, Miko & Chibby...yang kt blkg tu, Cici dgn pandangan tak puas hati, hahaha... |
|
aksi Chibby menggigit tudung yg dah siap gosok ni, comelnye.... |
|
lawak tengok Icit main kat ampaian... |
|
Mummy cool je bile anak2nya main2... |
|
Penghibur hatiku...ala tomey2... |
No comments:
Post a Comment