Wednesday, 2 January 2013

TAHUN BARU...TUGAS BARU...

Assalamualaikum w.b.t. Syukur, Alhamdulillah, masih dipanjangkn umur di tahun baru ini, 2013. Segala mesyuarat awal tahun dah selesai. Mesy guru, mesy jawatnkuasa sk, mesy HEM, mesy kokurikulum & mesy panitia. Hasilnya, dapatla senarai tugas baru untuk tahun ini. Nak kata berat sangat, rasa macam ye jugak. Beban dah bertambah. Tapi, kepercayaan dah diberi, so kenalah jalankan tugas dengan sebaik mungkin...insyaAllah...

Ini baru kisah aku yang bersekolah dalam keadaan sederhana. Maksudnya takdelah sekolah besar yg ada murid beribu-ribu orang ataupun sekolah kecil yang bilangan muridnya sedikit. Kadang2 dengar luahan hati kawan yang mengajar di sekolah yang kecil, kesian jugak. Apa taknya, macam2 tugas yang dapat. Seorang cikgu tu mesti pegang banyak jawatan. Tu tak dikira lagi core business cikgu iaitu MENGAJAR. Yang nak dijadikan isu sekarang ni ialah mengajar kelas KSSR (tahap 1) yang banyak. Ramai yang mengeluh bila dapat subjek KSSR lebih dari 3. Ada yang dapat 4, 5 dan ada yang dapat 7. Fuhhh...macam nak mengena je. Tapi tak salahkan pentadbiran jugak sebab perkara tu kadang2 tak perasan. Jadual dah siap, barulah nampak ada cikgu yang terpaksa mengajar 7 subjek KSSR.

Cikgu2 ni mengeluh bukannya apa. Bukannya tak boleh ajar subjek2 tu. Tapi bila mengenangkan KSSR memerlukan dokumentasi yang banyak & juga kena key-in SPPBS, tu yang tergaru2 kepala tu. Yup...aku memahami nasib cikgu2 ni. Harap jadual baru yg dengar2nya akan dapat dlm masa 2 minggu lagi akan melegakan hati semua guru kat sekolah aku ni. Tapi sebenarnya bukan senang nak puaskan hati semua orang dalam masa yang sama. Mesti ada yang terkena.

So, tahun baru 2013 telah bermula. Segala apa yang terjadi di tahun 2012 telah meninggalkan pelbagai kenangan. Yang pahit, tak yahlah nak dikenang lagi. Yang manis, mungkin boleh mengubat hati. Semoga segala impian akan menjadi kenyataan...


1 comment:

  1. seorang guru pegang 66 tugas kan?? kalau belum cukup tu.. ready je laa terima tugas baru huhu

    ReplyDelete