Nilah Epi. Cuba tengok mata dia betul2. Epi dah buta sebelah mata, angkara jangkitan kuman. Kesian sgt kt Epi ni. Masa lahir elok je. Dalam pertengahan bln 6 baru ni, mata dia jadi berair. Ingtkan sakit mata. Masa perasan mata dia dah berair tu, dh hari Khamis, tak dan nk bawak pergi vet (klinik haiwan). Hari Jumaat & Sabtu, vet dah tutup. Vet swasta takde plak kt Trg ni. So, nak tak nak, hari Ahad baru boleh bawak dia pergi vet. Tp hari Sabtu mata dia dh berdarah. Agaknya dia tak sengaja cakar matanya sbb dah sakit sangat kot. Mase tu dah panik dah. Cuma mampu lapkan matanya dengan air suam. Hari Ahad, pas blk skolah, terus bwk Epi pergi vet. Dr kt situ kate, dah tak blh buat apa dah. Mata dia dh kena jangkitan kuman. Tengok mata Epi masa ni, memang agak menakutkan & menyakitkan je rasanya. Bola mata dia dh tersembul keluar dr mata. Kesian sgt Epi masa ni. Dia dah tak nak makan, asyik tido je. Bile nak lap matanya dengan air suam, dia akan melawan. Mungkin sebab sakit. Tapi bila air suam tu dah kena kat bola matanya yang dah mengeras tu, dia jadi diam je. Mungkin air suam tu melegakan kesakitannya. Selang 2,3 hari kemudian, bola matanya gugur dgn sendirinya. Sedih sgt2 mase ni. Kucing ni, walaupun sakit, bukannya reti nak bgtau, nak menangis apatah lagi. Tuannya pulak yang beremosi lebih2, huhuhu...Selepas bola matanya gugur, dia masih lagi takde selera makan. Kena suapkan air susu campur vitamin. 3 hari lps tu, barulah selera makan dia kembali normal. Kalau masa sakit tu, badan Epi kurus sgt, tapi sekarang ni, dia yang kuat makan. Perut dah membulat tu. Sekarang ni, alhamdulillah...Epi dah aktif macam biasa. Walaupun matanya satu, tapi Epi tetap lincah berlari kejar adik beradik dia yg lain, Doni & Tomi. Dialah yang paling kuat mengacau kucing2 lain skrg ni. Epi...stay strong ok...
Epi sebelum matanya rosak |
Cerita ni bukan nak menarik perhatian sesiapa pun. Cuma nak syer cerita pasal kucingku yang spesel ini. Walaupun mata sebelah dah takde, Epi tetap istimewa dalam hidupku. Next time, nak cerita pasal kucing2 ku yang lain lagi.
No comments:
Post a Comment