Friday 15 February 2013

PERANGAI KUCING2KU 1

Assalamualaikum w.b.t. Kali ni nak syer perangai kucing2ku. Siapa2 yang membela kucing, mesti ada banyak kenangan dengan makhluk Allah yang manja ni, kan? Setiap kucing2 ni pn, ada perangai or tabiat yang berbeza. Meh nak syer...
Ni, Dino, kucing yang paling senior. Dulu2, perangai dia yang tak senonoh, suka kencing merata2. Mak selalu membebel dengan perangai dia tu. Lagi 1, suka cari gaduh dgn kucing2 jiran. Klu gaduh menang, takpe gak. Ni selalunya kalah & dapat luka je. Tapi selepas dah dimandulkan, nmpakla sikit perubahan perangainya. Kencing merata tu ada jgkla kadang2. Yang terbaru, dialah satu2nya kucing kt rumah yang suka makan durian, hehehe...
Ni, Yen, generasi kedua. Ibunya, Kiko sama generasi dengan Dino, dah 3 tahun meninggal. Yen ni, paling gemuk. Tengokla perutnya yang gendut tu. Yen jenis kucing jantan yang tak suka cari gaduh. 1 je perangai dia yang jelas, kalau dia dh lapar, dia catwalk dengan perutnya yang gendut ke dapur & mulala gesel2kan perutnya tu kat kaki sape2 je kt dapur. Tak reti nak mengiau mintak mkn, tau gesel je. Tapi kami sekeluarga dah faham dgn tabiatnya tu.
Ni, Cici, adik beradik Yen. Kucing betina ni. Paling kuat tido sekarang ni. Tapi bukan calang2 tempat dia tido ni. Selalunya atas katil mak & ayahla tempat dia tido. Kalau cari kat rumah tak jumpa, panggil2 tak muncul2, taula nk cari kat mane. 1 lg perangai peliknya, kalau dia sedang tido2 kucing (tido tak lena mane), dia dengar je aku cakap di telefon, terus dia bangun & gesel2 muka dia sambil mengiau2. Macam jeles je gayanya. Bila dah habis cakap telefon, dia jalan semula kt tempat dia tido & sambung tido, hahaha...
Ni, Tommy, satu2nya anak Cici yang masih tinggal. Dino & Epi, adik-beradiknya dah selamat dijemput Allah. Tommy ni spesel sikit sbb dia ni, sebijik betul dengan Tam, kucingku yg dah hilang. Susah gak nk jumpa kucing hitam yang belang2 camni. Tommy tak berapa suka dipeluk tp cepat jugak mengiau mintak makanan ni. Kakinya nmpak lbih tinggi dari yg lain2. Perangai ikut ibu, tido atas katil berjam2 lamanya.


Ni, Seri, anak yatim ni, jumpa masa dia tgh mengiau2 kelaparan kt kawasan kuaters. Dialah yg paling manja dengan aku dalam ramai2 kucing yg ada. Setiap kali buka pintu bilik pg2 hari, cpt2 dia masuk, then jatuhkan badannya & buat2 geliat manja. Bila prgi dekat, mula lah wat2 gedik menggeliat sambil panjangkan badannya. Lagi 1, kuat menggigit ni. Nak2 lagi kalau tgh lapar & tuannya lupa nk topup makanan. Sakit ooo bila digigit kaki ni...
Ni, Putih, kucing yang aku tersilap jantina, hahaha...mati2 ingatkan betina, rupanya jantan. Kadang2 tgk dia berjalan, gaya cam diva je sbb dia seekor je yg ada ekor kembang. Bukan kucing parsi ni, tapi mcm mix parsi dgn kampung je. Putih paling banyak mengiau mintak makanan. 1 je nk tergelak dengan Putih ni, suka sangat terkeluarkan lidahnya walaupun tgh duk melepak, cam dalam gambar tu....
Ni, Oren, kucing yang dijumpai di sekolah. Paling garang, sensitif betul bila dipegang perutnya, mulala mengiau marah. Oren ni pelik sikit sbb bila dia bau je minyak panas yang disapu kt kaki, mulala dia datang mengidu, pastu dijilat2nya minyak tu. Kalau alih kaki, dia dtg & jilat lagi. Lagi 1, bukan jenis duk rumah ni. Selalu je keluar kot tingkap rumah waktu mlm2. Baliknya pagi esok, dengar mengiau2 dekat depan pintu rumah. Speselnya Oren sbb dia ada 6 jari di kaki hadapan.

Indahnya makhluk ciptaan Allah ini. Lagi 1, kalau sape2 yang ada kucing, mesti perasaan suara kucing ni tak sama pn. Maksudnya, kalau dari jauh dah bunyi mengiau, kita boleh cam kucing yang mana 1 yg mengiau tu. Sayangilah mereka kerana mereka memerlukan tempat untuk bermanja. 

Cukuplah setakat 7 ekor kucing ni dulu.Ahli keluarga yang baru tak berapa kenal lagi perangainya. 


2 comments:

  1. seronok baca blog tentang kucing, boleh kongsi minat yg sama, sambil tukar2 cerita. saya follow ok, saudari bolehlah follow saye semula, salam perkenalan.

    ReplyDelete
  2. Such an amazing post
    Nice work
    check this for more-
    http://freeprintablecalendar123.com/2016/11/09/hindu-holiday-calendar-2017/
    http://freeprintablecalendar123.com/2016/09/29/august-2017-calendar-pdf/
    You may love it
    Thank You

    ReplyDelete