Friday 6 April 2012

ME & MY PETS...


Salam. Malam tadi, tgk2 blog org, sampai la ke blog kakimotong.blogspot.com Mungkin ramai yang dah tau cerita pasal Hero, seekor kucing yang kudung dan telah diselamatkan oleh seorg insan yg berhati mulia, Papa Hero (PH). I really adore what had he done to all the animals he had saved. Bukan semua org dpt melakukan apa yg PH buat.

Bila dah baca cerita psl kucing ni, nk gakla cerita psl my pets. Asal2 dulu, bela 2 ekor je, Kiki & Kiko, 2 ekor ank kucing yg terpisah dari ibunya. Then, jumpa plak dgn Dino, seekor kucing yg tersesat kt sk (mungkin dibuang). Last year, Kiki dah pergi buat selama2nya, x tau nk kate sbb ape. Before Kiki ‘pergi’, Kiko dah selamat melahirkan 3 ekor anknya, Cici, Yen & Tam. Malangnya, 8.4.2011, Kiko plak telah pergi utk selama2nya. Pemergian Kiko plg tragis sbb mati di depan mata & masih terbayang lagi saat2 dia menghembuskan nafas terakhir. Sehari semalam menangis. Ada sedikit perasaan kesal sbb tak sempat bwk Kiko pergi vet walaupun perasan dia dah sakit sblm tu. Tak lama pastu, jumpa plak seekor lagi, Seri yg tgh2 merayau2 kt kwsn kuartes, mengiaw2 dgn suara yg tak brp nk ada. Seri tgh bunting skrg ni. 2.4 baru2 ni, Cici dah melahirkan 3 ekor anaknya. Belum diberi nama lagi, msh tgh fikir. Yang agak terkejutnya bila tgk anak2nya sebijik mcm Tam, Yen & Dino. Pendek kata, inilah bapak2 kpd anak2 Cici, hahaha....

Baru jumpa anak2 Cici hari Khamis lepas. Semalam bwk tidur Cici & anak2nya dalam bilik. Dah elok2 letak dlm kotak, Cici angkut anak2nya atas katil. Bila letak semula dlm kotak skali lg, dia angkut semula ltk atas katil. Hhmmm...mls nk gaduh dgn Cici, biarkan jelah. So, mlm tadi tidurla bersama2 si kecik 3 ekor tu & ibunya skali (nasib baik tak tertindih).


Untuk sesiapa yg tak memahami org yg sayangkan kucing, jgnla rasa pelik sgt klu dgr org tidur dgn kucing ye. Kalau dah sayang, dh tak kisah kena kongsi katil pun. Okla, kat bwh ni ada beberapa gambar untuk di tatap.
Yen, Tam & Cici masa kecik2...
Kiko & anak2nya...(Kiko dah takde, huhuhu...)

Cici masa kecik2...

Yen masa kecik2...

Tam masa kecik2...

Cici dah besar & tgh bunting masa ni...

Yen dah besar...

Tam dah besar...

Dino, suka tunjukkan kejantanannya dgn bergaduh...tp selalunya kalah...

Seri, yang paling manja...perut tgh memboyot tu...

Cici dgn anak2nya, tidur atas katil...

Anak2 Cici yang belum bernama...(sama tak mcm Tam, Yen & Dino??)


No comments:

Post a Comment